Isnin, 31 Mei 2010

dosa dari FACEBOOK.. FREE AJE

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharudd in.net/index.php?option= com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

menjaga MULUT

Peliharalah lidah daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, cakap
kosong mengumpat keji dan mengadu-domba. Bukanlah kita tidak dibenarkan
bercakap, tetapi jika terlalu banyak bercakap, tentulah banyak terkeluar
daripada percakapan itu dan nanti natijahnya banyaklah juga dosa.
esan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api
nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi). Jika sudah
banyak dosa, maka tentulah neraka yang paling layak untuk si mulut murai
ini, seperti sabda Rasulullah SAW, "Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya." (Hadis riwayat
At-Tarmizi)

Imam Nawawi juga ada berpesan, kita wajar menjaga lidah daripada bercakap
yang sia-sia, kecuali jika percakapan itu mendatangkan kebaikan. Apabila
bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya
adalah lebih baiklah berdiam diri. Hal ini kerana percakapan yang diharuskan
mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah
banyak berlaku, tetapi kebaikan daripadanya adalah amat sedikit/jarang.

Apa yang pasti, jika tidak ada lagi yg hendak diperkatakan, eloklah berdiam
diri sahaja. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik
dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis di atas, dapatlah kita memahami bahawa seseorang yang beriman
itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada
perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak
dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam
diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang
ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."
Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam
neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan." Rasulullah SAW
lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan
kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan).
Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada
seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah
akan menerima permintaan kelonggarannya." Rasulullah bermaksud: "Tidak akan
lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan
lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan
masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya." (Hadis
riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Dari Ibnu Syuraih Al Adawi r.a., katanya: "Kedua telingaku mendengar dan
kedua mataku melihat ketika Rasulullah SAW mengucapkan sabdanya : "Siapa
yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan
tamunya, selebihnya." Para sahabat bertanya, "Apa yang dimaksud dengan
selebihnya, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Iaitu siang dan malamnya,
bertamu itu hanya tiga hari. Lebih dari itu adalah sedekah atas tamu itu."
Dan sabda baginda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka
hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam!" (Hadis
Sahih Muslim, No 1710)

Setelah diteliti hadis-hadis yang diberikan, dapatlah kita membuat
kesimpulan, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.

Hikmah lidah yang 'diam':

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup aib diri

Hadis-hadis Rasullulah SAW mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa
yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang
banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak
dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya." (Hadis riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia
berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam." (Riwayat riwayat
Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya." (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Ada pepatah mengatakan, banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap
tidak semestinya cerdik.... Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan
kecuali dengan mendiamkan lidahnya. Jalan yang terbaik ialah diam jika kita
tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang membawa kebaikan. Bicara
yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada
kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang
paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat
duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari
kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak
angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat
bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud
perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang
berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan
kesombongannya? Jawab Rasulullah, "ialah orang yang takbur." (Hadis Riwayat
At-Tarmizi)

Daripada hadis di atas, dapatlah kita tafsirkan, orang yang berakhlak mulia
adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang
paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. Bercakap-cakap kosong atau
perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang
dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal
mengundang azab di hari akhirat kelak. Islam juga melarang umatnya bersifat
membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi
hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan
orang lain.


Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala
sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan
silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin
hubungan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ahad, 30 Mei 2010

Mengelak Gangguan JIN,Syaitan dan sihir

1) SENTIASA BERZIKIR PADA ALLAH

2) APABILA MENUANG AIR PANAS ,SEBUTLAH NAMA ALLAH (CTH: BISMILLAH)

3)JANGAN MENUANG AIR PANAS DI DALAM TANDAS KERANA ITU ADALAH TEMPAT JIN & SYAITAN.BEGITU JUGA DALAM LUBANG

4)APABILA MASUK BILIK YANG GELAP BACALAH 'basmalah

'5)APABILA TERJUN DARI TEMPAT TINGGI ,SEBUTLAH ' Basmalah'

6)JANGAN KENCING DIDALAM LUBANG,KERNA IA TEMPAT TINGGAL JIN

7)JANGAN TIDUR SEORANG DIRI .JIKA TERPAKSA TIDUR SEORANG DIRI ,HENDAKLAH BERWUDUK DAN MEMBACA ZIKIR TIDUR

8) JANGAN MENYAKITI ANJING/KUCING

9)JANGAN MEMBUNUH ULAR DALAM RUMAH.HENDAKLAH DIBERI AMARAN DAHULU

10)JANGAN BERJALAN SEORANG DIRI DI HUTAN BELANTARA & PADANG PASIR

11)MENGAMALKAN BACAAN SURAH-SURAH PILIHAN SEPERTI SURAH AL IKHLAS, SUAH AN-NAS DAN AYAT KURSI

12)HIDUPKAN SUASANA AL-QURANDALAM RUMAH

13) SENTIASA MEMBACA AYAT-AYAT MENGANDUNGI MAKNA MEMBATALKAN SIHIR SEPERTI SURAH AL-A'RAF:118, DAN 119 ,SURAH TAHA : 69

Tanda -tanda Husnul Khatimah

Adapun berkenaan dengan sebahagian tanda husnul khatimah yang disebutkan nabi dalam beberapa hadith ialah sebagai berikut.

1) mampu mengucapkan syahadat menjelang ajal

2) dahi yang berkeringat
Telah tercantum dalam sebuah hadith riwayat Buraidah bin Al-Khusaib ,ia sedang berada di khurasan dan mengunjungi saudaranya yang sakit.Ia melihatnya telah meninggal dan dahinya berkeringat .lalu mengatakan allahuakbar ,saya mendengar rasulullah bersabda :

" kematian orang beriman ditandai dengan keringat yang keluar dari dahi"

3) meninggal pada malam jumaat atau siang harinya
hadith Nabi bersabda :

" Seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malam jumaat akan dijaga oleh Allah dari fitnah kubur"

4) Mati saat sedang Beramal soleh

5)Mati syahid Di medan perang..
" NAbi bersabda :

"Orang yang mati syahid memiliki 6 kemuliaan disisi Allah ,diampuni dosanya saat darahnya mulai mengucur , ia melihat tempat tinggal di syurga ,dihindarkan dari siksa kubur dan ketakutan di hari kiamat , ia dihiasi tanda iman, dinikahkan dengan bidadari dan diberi kesempatan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya"

6) MAti Saat berperang di jalan Allah.

7) Mati disrang penyakit Tha'un

" Tha'un ialah kesyahidan bagi seorang muslim
-ada banyak hadith lain dari nabi menyatakan demikian-

8) mati akibat sakit perut

9) mati tenggelam dan tertimpa bangunan

10) seorang wanita mati saat melahirkan ,mati kerana terbakar dan kerana penyakit di pinggang.

11) Mati kerana penyakit TBC

12) Terbunuh kerana mempertahankan harta yang akan dicuri,membela diri dan agama

13)Mati saat berjaga di medan perang

Selasa, 18 Mei 2010

Mengumpat...

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah
S.A. W. menjelaskan mengenai Mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat
berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila
menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,
inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja
besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa
dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan
mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya
kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib
berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan
lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Isnin, 10 Mei 2010

Cahaya Hati by Opick

Dosa dan balasan meninggalkan solat 5 waktu

SUBUH - Sekali meninggalkannya dimasukkan ke NERAKA selama 30 TAHUN di akhirat bersamaan 60000 TAHUN di dunia

ZOHOR - Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat islam

ASAR - Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (KAABAH di masjidil haram mekah)

MAGHRIB - Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK - sekali meninggalkannya Allah TIDAK REDHA orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya...

subhanallah...dasyatnya azabmu Ya Allah...

" SESIAPA YANG MENJAGA SOLAT MAKA PADA HARI KIAMAT KELAK BERHAK MENDAPAT CAHAYA

,BUKTI DAN KESELAMATAN .DAN SESIAPA YG TIDAK MENJAGANYA (TIDAK MENGAMALKANNYA) IA

TIDAK BERHAK MENDAPAT CAHAYA ,BUKTI DAN KESELAMATAN. PADA HARI KIAMAT PULA NANTI

AKAN BERSAMA-SAMA FIR'AUN , QARUN DAN UBAY BIN KHALAF.."

(RASULLULLAH SAW BERSABDA)

Sabtu, 8 Mei 2010

7 Pintu Neraka

Neraka Hawiyah - golongan Fir'aun

Neraka Jahim - Kelompok-kelompok orang-org musyrik

Neraka Saqar - Kaum Sabiin

Neraka Ladha - iblis dan para penyembah api (majusi)

Neraka Hutamah - orang-orang yahudi

neraka Sa'ir - orang-orang Nasrani..............

Neraka Jahanam - umat nabi Muhammad SAW yang berbuat dosa besar, maksiat , enggan solat dan tidak mahu bertaubat...........................

Azab memasuki pintu neraka..

bagaimanakah keadaan dineraka?
berapa buah pintukah didalamnya...?

setiap pintu neraka mempunyai jarak tujuh puluh tahun....
Ahli2 neraka kemudian digiring sampai pintu yang dijaga oleh malaikat zabaniah dengan rantai yang terbelenggu...

Rantai-rantai kemudian dimasukkan ke dalam mulut sampai menembusi dubur .Tangan kiri diikat pada leher ,sedangkan tangan kanan dimasukkan ke dada menembusi bahu .Syaitan merangkul stiap manusia yang masuk ke dalamnya dan malaikat menyambutnya dengan pukulan besi.Mereka tidak akan dapat bebas dari neraka itu........